PERLESENAN PERNIAGAAN
Oleh Mohd Yahya bin Mat Sahri
Setelah mendapat perakuan pendaftaran, perniagaan milikan tunggal dan perkongsian mestilah juga mendapatkan lesen perniagaan. Tujuan dikenakan lesen perniagaan adalah untuk mengawal kebersihan dan keselamatan tempat perniagaan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan tertentu. Disamping itu, ia merupakan satu cara bagi pihak berkuasa memperolehi pendapatan dan juga untuk mengetahui bilangan peniaga.
Lesen perniagaan tempatan dikeluarkan oleh Majlis Daerah, Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Adalah mustahak bagi peniaga menyedari dan mengetahui keperluan dan peraturan undang-undang dalam perniagaan terutamanya dalam mendapatkan lesen. Ini penting bagi melicinkan perjalanan perniagaannya.
Terdapat pelbagai jenis lesen yang diperlukan dalam sesuatu perniagaan. Antaranya adalah seperti berikut :
Lesen Perniagaan
Lesen ini meliputi lesen perniagaan tempatan dan lesen tempat berniaga yang boleh diperolehi daripada Pengusaha Tempatan mengikut daerah masing-masing.
Lesen Beras Runcit Dan Borong
Lesen ini boleh didapati daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di daerah masing-masing. Untuk berniaga beras, lesen ini mesti diambil. Ada had beras yang boleh disimpan di kedai dan jika melebihi had ini, ia dianggap sebagai kegiatan sorok.
Lesen Barang-Barang Kawalan
Ia tertakluk di bawah bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bagi perniagaan barang-barang kawalan seperti tepung, gula, minyak tanah, minyak masak, simen, petrol premium, berbulat keluli dan gas memasak, peniaga mesti mengambil lesen untuk barang-barang ini.
KATEGORI PERNIAGAAN YANG MEMERLUKAN
KELULUSAN PIHAK BERKUASA YANG BERKAITAN
(BERKUATKUASA 31HB. OGOS, 1987)
PIHAK BERKUASA JENIS PERNIAGAAN
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)
-Penyiasatan Persendirian
-Perkhidmatan Keselamatan
-Perkhidmatan Kawalan
-Percetakan Penerbit Majalah
Penguasa Tempatan / Setiausaha Kerajaan Negeri
-Peminjam Wang
Perbendaharaan Negara
(Kementerian Kewangan)
-Kewangan
-Kredit
-Lelongan
-Agensi Hartanah
-3 nombor/ 4 nombor
Bank Negara
-Pengurup Wang
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Perbendaharaan
-Pemaju Perumahan
Ketua Polis Daerah
-Senjata Api
-Barang Terpakai
Kementerian Pelajaran/ Jabatan Pelajaran
-Tadika
-Perkhidmatan Tuisyen
-Sekolah Persendirian/Kolej
-Penerbitan Buku Sekolah
-Perkhidmatan Pelajar (belajar di luar negeri)
Jabatan Kastam & Eksais Diraja
-Kedai Bebas Cukai
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
-Pengangkutan Awam
-Perkhidmatan Bas
-Kereta Sewa
-Teksi
Bursa Malaysia / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Komoditi (SC)
-Broker Saham
Pembangunan Sumber Manusia
-Agensi Pekerjaan
Perbadanan Kemajuan Pelancongan
-Agensi Pelancongan
Perbadanan Filem Nasional (FINAS)
-Video
-Filem
Sports Toto
-Toto
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
-Taman Asuhan Kanak-kanak
-Rumah Orang Tua
Jumaat, 22 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan