PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
Oleh Mohd Yahya Bin Mat Sahri
Definasi
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu :
i)Mempunyai namanya sendiri
ii)Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah
iii)Mempunyai alamat yang tertentu
iv)Mempunyai aset atas namanya sendiri
v)Tertubuhnya berpanjangan sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.
Organisasi Syarikat
Syarikat Sendirian Berhad dianggotai oleh Lembaga Pengarah yang akan melantik :
i)Pengerusi Lembaga Pengarah
ii)Juruaudit Syarikat
iii)Lain-lain Pengarah
Kuasa Lembaga Pengarah
Pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah. Mereka akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang perlu dijalankan oleh Syarikat. Semua kuasa yang tidak diuntuk atau dikhaskan di dalam undang-undang syarikat (Article of Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965 dan mereka bertanggungjawab kepada Mesyuarat Agung ke atas kemajuan syarikat tersebut. Kakitangan syarikat itu adalah menjadi penggerak kepada perniagaan dan merekalah yang menjalankan segala arahan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah juga berkuasa mengambil dan memberhentikan pekerja-pekerja syarikat.
Liabiliti Pemegang Saham
Faedahnya perniagaan secara ini adalah dalam perkara liabiliti yang dikenakan kepada ahli-ahlinya. Liabiliti mereka terhad kepada jumlah saham yang dibeli dan sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dan perlu dibubarkan tiap-tiap ahli akan menanggung rugi sebanyak harga saham yang telah dibeli olehnya. Dari segi undang-undang yang berhutang ialah syarikat tersebut dan bukan ahli-ahlinya.
Liabiliti Syarikat
Sebelum satu-satu kumpulan itu membuat keputusan untuk menubuhkan sesebuah Syarikat Sendirian Berhad, ada empat perkara yang perlu dipertimbangkan :-
Cukai Kerajaan
Semua syarikat berhad dikenakan cukai keuntungan sebanyak 28% ke atas untung bersihnya.
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun dimana satu penyata kewangan tahunan perniagaan yang telah diaudit oleh Juruaudit Syarikat dibentang untuk mendapat kelulusan bersama-sama dengan laporan-laporan pengarah dan juruaudit.
Aspek Pengurusan
Pengurusan Syarikat hendaklah mengikut kehendak Akta Syarikat 1965. Jika Pengarah-Pengarah serta kakitangan ingkar menurut kehendak-kehendak Akta Syarikat kesemua mereka boleh didenda oleh Pendaftar Syarikat atau didakwa di Mahkamah.
Dokumen Berkanun
Syarikat mestilah ada dokumen berkanun seperti berikut :-
i)Buku Daftar Pemegang Saham.
ii)Buku Daftar Pengarah, Pengurus, Setiausaha dan Cagaran
iii)Buku Minit Mesyuarat.
iv)Cop Mohor.
v)Buku Sijil Saham.
Dokumen ini hendaklah disimpan mengikut kehendak Akta Syarikat bersama dengan mohor Syarikat dan buku kira-kira. Semuanya mestilah diperolehi walaupun perniagaan tidak berjalan.
Pendaftaran
Pendaftaran Syarikat Sdn. Bhd. dijalankan oleh Pendaftar Syarikat (ROC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tingkat 11 – 17, Putra Place, 100, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
ALAMAT-ALAMAT
PEJABAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA ( Pendaftaran Syarikat)
IBU PEJABAT
Tingkat 10 & 11, 100 Putra Place
Jalan Putra, 50622 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 404 33 366 Faks : 03 – 404 33 778
Website : http://www.kpdnhq.gov.my
PEJABAT – PEJABAT CAWANGAN
KEDAH
Cawangan Alor Setar
Tingkat 2, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7330111 Fax: 04-7315517
PULAU PINANG
Cawangan Butterworth
Tingkat 4, No.2, Lot 1044
Jalan Telekom Off Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth, Pulau Pinang
Tel : 04-3332081 Fax: 04-3332079
PERAK
Cawangan Ipoh
Tingkat 12, Bangunan Sri Kinta
Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-2416900 Fax: 05-2554805
KELANTAN
Cawangan Kota Bharu
Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09-7482860 Fax: 09-7447622
TERENGGANU
Cawangan Kuala Terengganu
Tingkat 7, Menara Yayasan Islam
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu Darum Iman
Tel : 09-6237127 Fax: 09-6230945
PAHANG
Cawangan Kuantan
Tingkat 4, Bang. Hongkong Bank
Jalan Mahkota, Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5553866 Fax: 09-5553869
MELAKA
Cawangan Melaka
Aras 7, Bangunan Yayasan Melaka Off
Jalan Hang Tuah 75300 Melaka.
Tel: 06-2840720 Fax: 06-2838976
SABAH
Cawangan Kota Kinabalu
Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP
Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-233551 Fax: 088-237884
LABUAN
Cawangan Labuan
Lot B, Level 4, Wisma Oceanic
Jalan OKK Awang Besar
87007 Wilayah Persekutuan, Labuan
Tel: 087-414100 Fax: 087-414152
JOHOR
Cawangan Johor
Tingkat 7, Pusat Profesional
Jalan Syed Mohd Mufti
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: 07-2233589 Fax: 07-2241714
SARAWAK
Cawangan Kuching
Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93000 Kuching, Sarawak
Tel: 082-428499 Fax: 082-240721
Pendaftaran mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan dijalankan dalam tiga peringkat :–
Peringkat Pertama - Permohonan mencari nama syarikat – bayarannya RM 30.00 bagi satu nama yang dipohon.
Peringkat Kedua - Penyediaan dokumen-dokumen.
i)Dua naskhah buku Memorandum & Articles Of Association (Tataujud & Tataurusan Perbadanan)
ii)Borang 48A – Pengakuan statutori tiap-tiap pengarah sebelum dilantik
iii)Borang 6 – Pengakuan statutori tiap-tiap pengarah sebelum dilantik
iv)Bayaran pendaftaran syarikat adalah mengikut modal dibenarkan (Authorised Capital) syarikat.
v)Borang 48F – Pengakuan oleh Setiausaha Syarikat sebelum dilantik
Peringkat Ketiga - Sijil Pertubuhan Perbadanan (Borang 9) akan dikeluarkan dalam masa satu minggu sekiranya kehendak-kehendak telah dipatuhi.
Laporan Selepas Penubuhan
Selepas penubuhan syarikat dikehendaki memfail tiga jenis laporan dengan Pejabat Pendaftar Syarikat. Laporan-laporan itu ialah :-
i)Borang 24 - Saham Syarikat
ii)Borang 44 - Kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
iii)Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha
Perbelanjaan Penubuhan Syarikat
Perbelanjaan bagi menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad ini adalah lebih besar daripada syarikat biasa iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital). Sekiranya modal yang dibenarkan ialah RM100,000.00 bayaran untuk mendaftarnya ialah RM 1,000.00. Lebih besar modal yang dibenarkan maka lebih banyaklah bayaran bagi mendaftarnya. Lain-lain perbelanjaan ialah belanja setem atas dokumen-dokumen di atas sekurang-kurangnya RM 220.00 lagi. Oleh yang demikian bagi menubuhkan sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai modal yang dibenarkan sebanyak RM 100,000.00 perbelanjaannya adalah lebih kurang RM 1,220.00.
Selain daripada perbelanjaan-perbelanjaan di atas ialah perbelanjaan untuk setiausaha syarikat bagi menyediakan dokumen-dokumen di atas yang mana bayarannya adalah lebih banyak dari bayaran pendaftaran syarikat.
Di bawah ini diturunkan kadar bayaran pendaftaran untuk syarikat sendirian berhad sepertimana yang telah ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965.
RINGKASAN JADUAL BAYARAN
SYARIKAT SDN. BHD. DAN BERHAD
Modal Yang Dibenarkan Fee
Modal tidak melebihi RM 100,000 RM 1,000
Modal RM 100,001 – 500,000 RM 3,000
Modal RM 500,001 – 1 juta RM 5,000
Modal RM 1,000,001 – 5 juta RM 8,000
Modal RM 5,000,001 – 10 juta RM 10,000
Modal RM 10,000,001 – 25 juta RM 20,000
Modal RM 25,000,001 – 50 juta RM 40,000
Modal RM 50,000,001 – 100 juta RM 50,000
Modal melebihi 100 juta RM 70,000
Bayaran Maksima RM 70,000
Peringatan
Patut juga diingatkan bahawa syarikat sendirian berhad tidak dibenarkan mengeluarkan iklan untuk mempelawa orang ramai membeli sahamnya. Penjualan saham hanya dibuat secara lisan iaitu kepada kenalan dan sahabat handai sahaja.
Memandang kepada perkara-perkara di atas, adalah dinasihatkan supaya syarikat sendirian berhad ini ditubuhkan hanya apabila ada satu-satu rancangan tertentu yang akan dikendalikan seperti untuk menambah modal atau bertujuan untuk memperluaskan perniagaan.
Kebaikannya
-Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
-Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
-Kemudahan untuk mendapat modal.
-Kemudahan dari segi pertukaran hakmilik.
-Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
-Potensi untuk perkembangan luas.
-Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
Keburukannya
-Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
-Cukai Pendapatan yang tinggi.
-Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD
Definasi
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang dua orang.
Penjualan Saham
Syarikat Berhad boleh mempelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.
Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah ‘Statement in Lieu of Prospectus’ yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.
Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.
Organisasi Syarikat
Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang menerajui syarikat.
Penubuhan
Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).
Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan penyata kewangan tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya barulah mengubah bentuknya menjadi syarikat berhad.
Kebaikannya
-Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
-Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
-Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.
Keburukannya
-Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
-Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
-Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
-Perlu memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
-Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.
SYARIKAT KERJASAMA SERBAGUNA BERHAD (KOPERASI)
Definasi
Pendaftaran Syarikat Kerjasama Berhad di Malaysia adalah di bawah kawalan Pendaftar Koperasi Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sesuatu kumpulan bolehlah memohon kepada pihak Pendaftar Koperasi tersebut untuk mendaftarkan sesebuah syarikat kerjasama serbaguna berhad. Apabila ditubuhkan, koperasi ini akan mempunyai sifat-sifat yang sama seperti syarikat awam berhad.
Syarikat kerjasama adalah sesuai untuk satu golongan masyarakat yang mempunyai pekerjaan dan keperluan yang sama seperti nelayan, petani, guru dan pekerja-pekerja kilang. Mereka ini tidak perlu modal besar tetapi yang utamanya ialah bilangan yang ramai iaitu lebih daripada 100 orang ahli. Ahli-ahli mengeluarkan modal dengan cara caruman pada tiap-tiap bulan atau pada tiap-tiap kali mereka menerima pendapatan.
Liabiliti
Liabiliti yang dikenakan ke atas ahli-ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam syarikat. Sekiranya syarikat ini bankrap, ahli-ahli akan kehilangan modal yang dilaburkan itu. Mengikut prinsip kerjasama apa yang diutamakan ialah keperluan bersama di antara ahli-ahli syarikat tersebut. Misalnya nelayan-nelayan memerlukan air batu untuk menyimpan bekalan barang-barang dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, mereka bolehlah menubuhkan syarikat kerjasama untuk keperluan mereka dan membuka keahliannya kepada semua pihak menjadi pelanggan di kedai di kawasan mereka.
Dividen dan Keuntungan Syarikat
Oleh sebab perkara kepentingan bersama ini diutamakan maka di dalam undang-undang syarikat kerjasama lazimnya terdapatlah undang-undang bahawa pembahagian laba (dividen) itu dihadkan tidak lebih daripada 10% pada tiap-tiap tahun. Sebaliknya keuntungan syarikat tersebut akan digunakan untuk kebajikan ahli-ahli dengan cara lain umpamanya dengan memberi biasiswa kepada anak ahli-ahli syarikat tersebut.
Liabiliti Syarikat
Syarikat kerjasama dikecualikan daripada bayaran cukai jika syarikat tersebut mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh undang-undang. Ini adalah hak istimewa yang menjadikan syarikat kerjasama ini lebih menarik daripada syarikat awam atau syarikat sendirian berhad. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai banyak modal dan tidak berhadapan kepada pembahagian laba di dalam satu-satu perniagaan itu, syarikat kerjasamalah yang sesuai dimasuki.
Pendaftaran
Bayaran bagi mendaftarkan syarikat kerjasama ini adalah kecil. Bolehlah dikatakan bahawa perbelanjaannya banyak untuk bayaran mencetak undang-undang kecilnya (bye-law) sahaja.
Hak Milik
Seseorang ahli syarikat kerjasama mempunyai satu undi sahaja di dalam mesyuarat agong syarikat tersebut. Walaupun ia mempunyai lebih banyak modal daripada yang lain-lainnya.
Ini adalah sangat berbeza dengan syarikat awam atau syarikat sendirian berhad kerana di dalam syarikat-syarikat ini, bilangan undi yang dipunyai oleh seseorang ahli tertakluk kepada bilangan saham yang dimilikinya.
Kebaikannya
-Mudah untuk ditubuhkan
-Bayaran Pendaftaran yang kecil
-Liabiliti ahli-ahli terhad kepada modal yang dilaburkan
-Bergerak atas prinsip keperluan dan kebaikan serta kepentingan bersama
-Dikecualikan daripada bayaran cukai dengan syarat ianya mematuhi perundangan yang telah ditentukan
-Modal yang diperlukan ialah secara caruman daripada ahli dengan itu mudah diperolehi
Keburukannya
-Pembahagian dividen dihadkan tidak lebih daripada 10% setahun
-Tiap-tiap ahli berhak untuk satu undi sahaja, tidak mengikut jumlah modal yang dilaburkan
-Hanya boleh ditubuhkan dengan bilangan ahli lebih 100 orang
Jumaat, 22 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan