MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
Oleh Mohd Yahya Bin Mat Sahri
1.Memilih bentuk perniagaan
2.Mendaftar perniagaan tersebut
(2 perkara di atas dibincang dalam topik Bentuk dan Tatacara Penubuhan Perniagaan)
3.Mengetahui undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan seperti :
i)Lesen/permit
-Lesen perniagaan dari Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya atau Majlis-Majlis Daerah
-Lesen Cukai Jualan dari Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia
-Lesen Mengilang dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
-Lesen Kilang Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah
-Surat Kuasa Bomba CF oleh Majlis Daerah dan sokongan Jabatan Bomba
-Lesen/permit Pengangkutan dari Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
ii)Keperluan Mesin/Jentera/Peralatan untuk sesuatu perniagaan
iii) Kawalan pencemaran/keselamatan di premis perniagaan
iv)Perundangan
-Pendaftaran Cap Dagangan dan Paten (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – KPDN & HEP)
-Lesen Mendapatkan Tanda Piawaian (SIRIM)
-Hakcipta (KPDN & Hep)
-Akta dan Peraturan Sewa Beli 1967
v) Keperluan Sosial Pekerja-Pekerja
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso)
vi)Keperluan Infrastruktur Premis
-Bekalan elektrik, air dan telefon
BENTUK DAN TATACARA PENUBUHAN PERNIAGAAN
Faktor Utama Pemilihan
Lima faktor utama yang menentukan pemilihan bentuk struktur rasmi bagi sesuatu perniagaan adalah seperti berikut :-
1.Jenis perniagaan yang akan dijalankan.
2.Saiz perniagaan itu.
3.Modal yang diperlukan oleh perniagaan itu.
4.Rancangan jangka panjang perniagaan itu.
5.Jenis dan kadar Cukai Kerajaan dan syarat-syarat serta peraturan-peraturan perundangannya.
Bentuk Syarikat Perniagaan
Pada lazimnya terdapat 4 bentuk semuanya iaitu :-
i)Perniagaan Perseorangan
Perniagaan ini dimiliki oleh seorang sahaja dan dijalankan atas namanya sendiri.
ii)Perniagaan Perkongsian
Perniagaan ini mengandungi sekurang-kurangnya dua orang ahli atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Ahli-ahli kongsi ini berpakat dan bersama-sama mengeluarkan modal menjalankan perniagaan.
iii)Syarikat Berhad
Syarikat Sendirian Berhad - Biasanya didapati dikalangan perniagaan yang sederhana besarnya. Bilangan ahli pemegang saham sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih dan had maksimanya tidak melebihi 50 orang.
Syarikat Awam Berhad - Adalah untuk perniagaan yang besar-besar sahaja dan bilangan pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih dan had maksimanya tidak ditetapkan.
iv) Syarikat Kerjasama (Koperasi)
Pada lazimnya koperasi ditubuhkan dan dikendalikan dengan berlandaskan konsep serta semangat kerjasama dan saling bantu membantu ahli-ahli koperasi. Oleh itu kebajikan dan kerjasama adalah dititikberatkan daripada pembahagian laba. Jumlah ahli koperasi lazimnya tidak kurang daripada 100 orang.
PERNIAGAAN PERSEORANGAN
Definasi
Perniagaan Perseorangan ialah entiti kepunyaan tunggal dan adalah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kebanyakan daripada perniagaan yang kita dapati di Malaysia terutama di luar bandar adalah secara perseorangan dalam mana seseorang itu akan mengeluarkan modal untuk perniagaannya.
Liabiliti Ahli
Liabiliti tuan punya perniagaan perseorangan adalah tidak terhad dan boleh melibatkan semua harta bendanya dalam masa kerugian. Sebaliknya bila perniagaan mendapat untung, keuntungan ini adalah haknya seorang.
Pendaftaran
Sebelum dimulakan perniagaan syarikat hendaklah didaftarkan dengan pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tingkat 10, Putra Place, 100, Jalan Putra, Kuala Lumpur atau dimana-mana cawangannya yang didapati dikebanyakan Ibu Negeri di Malaysia. Bayaran yang dikenakan ialah RM 30.00, sekiranya ia mengguna namanya sendiri tetapi sekiranya dia ingin menggunakan nama rekaan atau nama tred untuk perniagaannya, bayaran pendaftaran ialah RM 60.00. Pendaftaran dibuat dengan menggunakan Borang A yang boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Apabila Pendaftaran diluluskan, perniagaan akan diberikan Sijil Perniagaan yang dipanggil Borang D. Sijil perniagaan ini hendaklah diperbaharui pada tiap-tiap tahun, bayarannya ialah RM 30.00 setahun bagi nama sendiri dan RM 60.00 bagi nama tred.
Kebaikannya
-Mudah untuk diurus.
-Mudah untuk dibubarkan.
-Kebebasan tuan punya dalam mengambil sebarang tindakan serta kawalan.
-Keuntungan yang diperolehi adalah hak pemilik seorang.
-Tidak banyak tertakluk kepada peraturan dan perundangan perniagaan Kerajaan.
Keburukannya
-Kerumitan dari segi mendapat modal perniagaan.
-Liabiliti perniagaan yang tidak terhad.
-Kontinuti perniagaan yang terhad – perniagaan ditutup/tamat sekiranya tuan punya meninggal dunia.
PERNIAGAAN PERKONGSIAN
Definasi
Perniagaan perkongsian adalah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Entiti ini dianggotai oleh sekurang-kurangnya dua orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang yang membuat perjanjian untuk berkongsi bagi menjalankan satu-satu perniagaan.
Surat Perjanjian Perkongsian
Perjanjian ini tidak perlu bertulis akan tetapi bagi kemudahan dikemudian hari, khasnya apabila seseorang ahli kongsi itu meninggal dunia atau apabila dia hendak menarik diri dari perniagaan itu, perjanjian yang bertulis dapat menolong menyelesaikan perselisihan faham dan menentukan hak dan bahagian seseorang yang berkongsi itu. Semua pihak dalam perkongsian itu akan menerima bahagian masing-masing dalam keuntungan perniagaan mengikut perjanjian perkongsian di antara mereka sama ada bertulis atau tidak. Lazimnya perjanjian perkongsian yang bertulis akan mengandungi butir-butir berikut :-
i)Tarikh perjanjian dibuat
ii)Nama dan alamat ahli kongsi
iii)Jenis perniagaan yang dijalankan
iv)Nama dan alamat perniagaan
v)Jangka tempoh perkongsian itu
vi)Tanggungjawab tiap-tiap ahli kongsi
vii)Sumbangan modal tiap-tiap ahli kongsi
viii)Cara pengagihan untung dan rugi
ix)Prosidur-prosidur perakaunan
x)Gaji atau peraturan tertentu mengenai ambilan (drawings) tiap-tiap ahli kongsi
xi)Sekatan ke atas ahli kongsi sekiranya ada
xii)Cara perkongsian akan dibubarkan
Organisasi Perniagaan
Perniagaan perkongsian selalunya mempunyai tenaga pengurusan seperti :-
i)Pengurus Besar
ii)Penolong Pengurus Besar
iii)Pengurus Pentadbiran
iv)Pengurus Kewangan
Tenaga Pengurusan ini diberi tugas menguruskan perniagaan dan mereka dibayar gaji mengikut kemampuan perniagaan.
Liabiliti Ahli
Liabiliti seorang ahli kongsi adalah tidak terhad. Mereka yang memasuki perkongsian ini akan bertanggungjawab ke atas kesemua hutang piutang perniagaan. Pihak sipiutang boleh menuntut daripada mana-mana satu pihak yang masuk perkongsian itu dan boleh melibatkan segala harta bendanya sekiranya perniagaan ini tidak dapat menyelesaikan hutangnya.
Sebaliknya pula ada satu jenis perkongsian lagi (limited partnership) di mana setengah-setengah daripada ahli kongsi menanggung kerugian perniagaan setakat had yang ditentukan. Bagaimanapun, perkongsian secara ini jarang didapati oleh sebab ahli kongsi tersebut (sleeping partners) tidak dibenarkan mengambil peranan di dalam pentadbiran.
Tugas Ahli
Dalam perniagaan perkongsian tiap-tiap orang yang menyertainya adalah menjadi wakil dan boleh mengambil sebarang tindakan bagi pihak perniagaan itu serta boleh melibatkan perniagaan tersebut dan ahli kongsinya. Oleh itu, adalah mustahak bagi semua pihak yang mengambil bahagian dalam perkongsian itu bersikap jujur serta bersefahaman atas cara pengurusan perniagaan tersebut.
Pemegang Amanah
Perkongsian tidak boleh memiliki aset atas namanya sendiri. Oleh itu mereka yang berkongsi akan melantik 2 atau 3 orang diantara mereka atau orang luar sebagai pemegang amanah. Segala harta perkongsian (tanah, rumah atau kenderaan) dibuat atas nama pemegang amanah tersebut.
Pendaftaran
Sepertimana perniagaan perseorangan, entiti ini hendaklah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tingkat 10, Putra Place, Jalan Putra, Kuala Lumpur dengan menggunakan Borang A, dan bayarannya ialah RM 60.00. Sekiranya perkongsian ini ada membuat surat perjanjian, maka surat perjanjian ini hendaklah dimatikan setem dan dihantar satu salinan kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perbelanjaan setem atas surat perjanjian adalah mengikut modal yang dipersetujui.
Sekiranya ada apa-apa perubahan dalam perkongsian ini, hendaklah diberitahu kepada Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan Borang B dan membayarnya RM 30.00. Apabila hendak membubarkan atau menutup perniagaan, Borang C hendaklah diguna bagi maksud ini. Borang-borang ini boleh didapati dengan percuma dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdekatan.
Kebaikannya
-Kemudahan dari segi mendapat kredit
-Sumber modal yang lebih baik
-Tanggungjawab terbahagi
-Dapat mengadakan berlainan/perbadanan dari segi idea, kebolehan dan kemahiran.
Keburukannya
-Liabiliti perniagaan yang tidak terhad
-Keuntungan dari perniagaan terpaksa dibahagikan
-Kontinuti perniagaan yang terhad – perkongsian akan bubar sekiranya
-Potensi untuk membesarkan perniagaan terhad
Jumaat, 22 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan