KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, diperintah membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad bagi pinjaman pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu. Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya di sini, semalam. Rohana bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menangguhkan pembayaran itu sementara menunggu permohonan rasmi penangguhan keputusan berkenaan didengar pada 16 September ini.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Abdul Khalid, berkata mahkamah membenarkan permohonan Bank Islam untuk satu penghakiman terus dengan alasan tiada isu untuk kes itu perlu dibawa ke satu perbicaraan penuh. Malik berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana berpendapat perkara itu hendaklah dibawa ke perbicaraan penuh. Beliau akan memfailkan permohonan rasmi penangguhan keputusan itu, awal minggu depan.
Sementara itu, mahkamah juga menetapkan 16 September ini untuk sebutan kes saman Abdul Khalid terhadap Bank Islam. Abdul Khalid memulakan saman terhadap bank itu pada 18 Mei 2007, dengan menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan Bank Islam berhubung dengan perjanjian kemudahan Al Bai-Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001. Beliau juga mahu satu pengisytiharan bahawa kemudahan BBA dalam isolasi dan tanpa kontrak kolateral adalah tidak sah dan terbatal serta Bank Islam melanggari kontrak kolateral dan kemudahan BBA. Saman balas bank berkenaan terhadap Abdul Khalid pada 24 Mei 2007, bagaimanapun mendakwa Menteri Besar itu melanggari kontraknya dalam perjanjian pinjaman BBA bagi pembelian saham Guthrie.
Abdul Khalid tidak hadir di mahkamah semalam, manakala Bank Islam diwakili peguam Tommy Thomas.
Layari http://suararohani.blogspot.com/

0 ulasan:
Catat Ulasan