SENARAI PENUH PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI
KUALA LUMPUR 24 April – Berikut senarai penuh Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
Selangor - Datuk Seri Najib Razak
Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Kedah - Datuk Seri Shafie Apdal
Perlis - Datuk Md. Isa Sabu
Kelantan - Datuk Mustapa Mohamed
Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob
Terengganu - Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan
Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Johor - Datuk Abdul Ghani Othman
Sabah - Datuk Seri Musa Aman
- Utusan
MOHD. ALI DILANTIK MT, KEKAL TERAJUI MELAKA
KUALA LUMPUR 24 April – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah antara yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, turut dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
Selain beliau, turut dilantik sebagai MT ialah bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. - UtusanSuara Harapan
Jumaat, 1 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan