SMS jam 5.40 pagi Pemberitahuan En Ameruddin Ketua Bahagian Subang telah meninggal sebentar tadi drp Sahrom. Terus mengucap Allahu Akhbar.Inalillahiwainailahirojiun.....masa arwah mula masuk wad di Hospital Sg Buloh sempat ziarah sekejap, lepas tu pindah ke wad HKL tak pegi ziarah , tapi ada cakap dlm telefon dan sms.

Dapat saja berita ingatanku terbayang gigihnya orang yang bernama Amir ni, masa nak PRU12 yg lepas saya beberapa kali jumpa dia, telefon dia, sms dia..telefon arwah nada lagu pehhh...60an....dia nyanyi sendiri...saya bincang beberapa kali..saya tanya Bang...nak bertanding tak...dia kata sambil gelak..Saya ni tak layak...kalu kerja ok...habis sapa nak bertanding...abang serah kat Yahya lah dan MPT..saya tanya lagi orang bahagian takde ke yg nak bertanding...cubalah tanya...Yahya tanya..pulak lah sendiri...Arwah tetap berpegang saya kerja ok...tak de maslah....beberapa pertemuan..saya pegi ambik Arwah kat tempat kerjanya...hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Pagi-pagi sesudah semua anak-anak pegi sekolah saya terus sahaja ke rumah arwah di Merbau Sempak sampai kat sana telah sampai jenazahnya...beberapa ahli keluarga dan jiran telah sampai...saya pun terus bersalaman, lantas terus masuk menjenguk dan menatap muka arwah...tenang...muga Allah ampunkan segala dosanya...meletakan roh arwah disisi para suhadak dan solehin...

Semasa hayatnya pada saya pergorbanannya pada perjuangan reformasi dan keadilan tidak dinilai oleh pimpinan parti dan kerajaan. Saya begitu sedih bila dia cakap dengan saya nama Abang tak terpilihpun sebagai Ahli Majlis...sedih saya, ketika itu saya sudah tidak berdaya...saya mengharapkan sesuatu penilaian perlu dilakukan pada keluarga arwah Amir...ketika semua orang tak mau memikul tugas sebagai Ketua Bahagian Subang beliau menyanggupi...bila mana nak pilihanraya sanggup beri laluan pada oarang lain bertanding...namun....tiada siapa melihat itu satu pengorbanan yang patut mendapat balasan...MUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT PADA ROH SDR AMERUDDIN..
Suara Harapan