Rasa gatal nak mengulas juga pasal PRK KT ni..bukan apa semalam jumpa denga Dr Redzuan Othman baru lancar buku baru pasal PRK Permatang Pauh bulan ogos 2008 lepas...Dalam buku tu membuat beberapa catatan nama aku Yahya Saari ditulisnya. Gerak kerja aku bersama-sama teman-teman Utz Badrul, Yb Mat Kasim, Cikgu Zaki, Bahrin, Hj Brahim, Mus serta bebrapa teman lagi menubuhkan Unit Kerohanian mendapat tempat dalam kajian Dr Redzuan..dan Dr Shaharuddin..ulasannya program yang kami lakukan memberi impak yang cukup besar...mana taknya...hasil program inilah..Ustaz Ramlan Parogi membuat pendedahan terbuka di Masjid Bandar...lupa lak..
Buku tu tajuk dia PERMATANG PAUH Pilihanraya Kecil Ogoos 2008 terbitan Karisma harga RM 15.00.

Semalam sembang dengan Dr Redzuan aku cakap BN Kalah..pasal setakat kini..BN masih tidak dapat keluar daripada hanya memberi sebab Wan Farid jadi calon, makanya mereka masih tidak mendapat sokongan...daripada ahli BN...sepatutnya masuk saja hari kempen..terus pukul PAS..tapi tidak..aku punya bacaan Calon BEBAS dapat undi agak banyak...mungkin cecah dekat 1000 pasal benci pada Wan Farid tapi tak sokong PAS...
Suara Harapan