1. Selamat menunaikan Fardu Haji
Selepas menyambut kemenangan berpuasa sepanjang Ramadhan dengan berhari raya di bulan Syawal yang disambut meriah walaupun dalam kesederhanaan. Syawal 1429 merupakan syawal yang cukup bermakna bagi rakyat Malaysia kerana tahun ini 5 buah negeri diraikan oleh pimpinan parti pemerintah selain daripada BN. Bagaimana agaknya khidmat wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada 10 markah berapalah agaknya rakyat beri.
Kini masuk Zulkaedah inilah bulan yang ditunggu-tunggu oleh bakal Haji, hingga jam ini sudah lebih 10 penerbangan bakal haji berlepas ketanah suci. Penerbangan awal pastinya terus menuju Kota Madinah Tanah Suci dimana jasad Nabi SAW disemadikan, semalam jiran sdr Syukri bersama isteri berlepas menunaikan fardu haji sayu rasanya cemburu saya kerana Sdr Syukri bakal bertemu Rasulullah SAW. Dalam hati aku niatkan tahun hadapan insyaallah akan menunaikan fardu haji andainya diizinkan Allah SWT. Rindu yang tidak boleh dinyatakan ingin menghadap kaabah, tawaf mengeliligi kaabah, berlari anak saei, berhimpitan melontar di tiga jamrah, bermalam dalam khemah di mina, menanti siang di arafah...muga semua bakal haji peroleh haji yang mabrur.
Rasanya esok hendak berkunjung ke Kelana Jaya menjenguk beberapa teman yang hendak berlepas ke Tanah Suci. Labaikaullah hu mabaik...labaikala sarikalabaik...

Suara Harapan