Jam 4.00 petang tadi bersama beberapa teman sempat bertemu dan berbincang dengan sdr Hj Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden. Nampaknya Sdr Mus cukup menjiwai semangat Seharum program yang beliau terajui. Bagi memperkukuh parti beberapa proses pendewasaan perlu di lalui. Parti Keadilan seperti kapsul roket yang dilancarkan keangkasa, proses kepanasan yang melampau diperlukan tanpa tahap panas yang mencukupi roket takkan boleh dilancarkan. Semangat reformasi yang panas menghidupkan keadilan...kini keadilan melalui tahap memutuskan kapsul untuk terus menuju keangkasa..tiada masa untuk bercerita lagi soal makan dan minum kerana proses itu saharusnya telah selesai sebelum roket dilancarkan... bagaimana agaknya kapal angkasa yang dinamakan KEADILAN....
Suara Harapan