Apabila wartawan menjadi sasaran ISA
Posted on Monday, September 22 @ 18:02:25 MYT by reformis

Oleh Abu Firdaus

Said Zahari, bekas wartawan Utusan Melayu, A Samad Ismail, bekas wartawan Utusan Melayu, Straits Times dan Berita Harian, Samani Amin, bekas wartawan Berita Harian bertahun-tahun ditahan ISA.

Wartawan Harakah juga ditahan ISA. Ahmad Lutfi Othman mengalami hampir dua minggu pada September 1989, lebih lama daripada apa yang dilalui wartawan Sin Chew Jumaat lalu. Bagaimanakah wartawan ini boleh mengancam keselamatan?

Kini kedudukan mereka sudah dipulihkan. Said Zahari diberi penghormatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila institusi itu bersama Utusan Publications & Distributors menerbitkan buku memoirnya. Samad Ismail menerima anugerah UKM. Sebenarnya UKM adalah antara hasil perjuangan Samad untuk negara dan bangsa. Kini salah seorang anak Samani, Mus Chairil adalah salah seorang pensyarah di UKM.

Said Zahari, Samad Ismail dan Samani adalah wartawan berprinsip perjuangan yang menyumbang kepada negara. Tetapi mereka ditahan di bawah ISA atas tuduhan mengancam keselamatan. Said Zahari sememangnya ditahan kerajaan Singapura pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Tetapi penahanan Samad dan Samani juga dikaitkan dengan Singapura.

Ketiga-tiga adalah anak Singapura tetapi dalam zamannya, Singapura dan Tanah Melayu adalah dalam sfera politik yang sama. Walaupun semasa Samad dan Samani ditahan, Singapura sudah dipisahkan daripada Malaysia, tetapi ketika itu, pada tahun 70-an, nasib politik Malaysia dan Singapura adalah serupa dari segi ia berada dalam pertarungan Perang Dingin.

ISA adalah ciptaan kerajaan penjajah British untuk membendung perjuangan kemerdekaan dari sudut golongan kiri khususnya daripada komunisme. Akta ini kemudian diwarisi Umno dan PAP yang memerintah Malaysia dan Singapura dengan tujuan menghalang cabaran komunisme. Tetapi pembangkang menentang ISA, termasuklah parti yang pada satu masa menggantikan Umno iaitu Parti Semangat 46, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun apabila Semangat 46 bergabung dengan Umno Baru, tidak ada usaha dapat dilakukan kumpulan Tengku Razaleigh untuk memansuhkan ISA. Kini beliau berada di baris depan untuk mencabar kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno. Pada tahun 70-an, badan yang turut menentang ISA ialah ABIM pimpinan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun ketika beliau bergabung dalam Umno, usaha mansuhkan ISA gagal. Akhirnya Anwar juga menjadi mangsa ISA kali kedua setelah dipecat daripada Umno.

Kerajaan Singapura pimpinan PAP yang menggunakan ISA untuk menahan Said Zahari menubuhkan cawangan di Tanah Melayu walaupun dibantah Tunku Abdul Rahman sebelum pemisahan pulau itu daripada Malaysia. PAP berundur daripada Malaysia dan cawangan-cawangannya menjadi DAP. Sebagai parti pembangkang, DAP membantah ISA dan beberapa aktivisnya pernah menjadi mangsa akta itu. Terbaru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

DAP bersama PAS konsisten menentang ISA. Baik semasa berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat bersama Semangat 46 pada 1990, mahupun kemudiannya ketika menjadi Barisan Alternatif, dan kini Pakatan Rakyat.

Justeru, Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan mestilah meletakkan keutamaan dalam memastikan pemansuhan ISA. Ternyata ISA warisan British ini sudah banyak mendatangkan korban di kalangan orang yang pernah berjasa pada negara.

Tidak boleh dinafikan Said Zahari dan Samad Ismail sudah berjasa pada negara. Malah kerajaan sepatutnya menubuhkan memorial untuk Samad Ismail seperti mana
Suara Harapan