PPP kecoh, kini ada dua Presiden
Oleh Saufi Hamzah dan Zef Othmanmailto:Othmansofeeham@bharian.com.my

MURUGIAH yang mendakwa Presiden PPP yang baru dijulang ahlinya selepas Mesyuarat Agung Khas di PICC, Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA: Krisis kepemimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) bertambah runcing apabila parti itu kini mempunyai dua Presiden selepas Datuk T Murugiah yang dipecat dua minggu lalu, dilantik sebagai Presiden baru dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, semalam. Datuk M Kayveas yang ketika itu menghadiri perhimpunan agung PPP Johor, bagaimanapun menegaskan beliau masih Presiden PPP kerana pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti. Kayveas yang memimpin parti itu sejak 1993, juga mengumumkan Ketua Pemuda PPP, R Ellan Govan digantung daripada jawatannya, berkuat kuasa semalam kerana menghadiri EGM dianjurkan Murugiah itu.
Terdahulu, EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tanpa kehadiran Kayveas turut memecat semua Exco lama PPP. Seramai 1,760 perwakilan membabitkan 778 cawangan parti itu yang menghadiri EGM itu memilih tiga Naib Presiden baru – Datuk Seri Abdul Rais Ahmad, R Karunakaran dan Lau Beng Sin, serta 25 ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan. Sebelum itu enam usul diluluskan, termasuk undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Kayveas serta membatalkan tindakannya memecat Murugiah sebagai anggota Majlis Tertinggi PPP yang dianggap tidak sah.
Pada sidang akhbarnya, Murugiah mendakwa EGM itu sah kerana dijalankan mengikut perlembagaan parti. Murugiah berkata, beliau akan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diikuti perjumpaan dengan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi memaklumkan keputusan EGM itu. Beliau juga akan berjumpa Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dan menyerahkan kepada ROS untuk membuat keputusan berkaitan perkembangan yang berlaku dalam parti itu. Mengenai kemungkinan Kayveas akan membawa perkara itu ke mahkamah, Murugiah berkata: "Saya tidak mempunyai masalah."
Ditanya mengapa PPP sekarang mempunyai dua Presiden, Murugiah yang melenting seketika berkata, beliau serahkan perkara itu kepada peguam parti untuk mengendalikannya. Sementara itu, Kayveas ketika dihubungi Berita Harian Online di Johor Bahru, menegaskan perjumpaan di Putrajaya itu bukannya EGM, tetapi majlis taklimat Murugiah berhubung pemecatannya dalam PPP dan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri di JPM. Beliau berkata, notis perlu dikeluarkan beberapa hari sebelum EGM hendak diadakan dan hanya Setiausaha Agung PPP berhak memanggil mesyuarat itu. "Lagipun, daripada 1,000 orang yang hadir di Putrajaya itu, 99 peratus bukan ahli PPP. Saya difahamkan 20 bas datang ke majlis beliau. Mereka turut mendapat RM50 serta makanan," katanya. Kayveas berkata, beliau akan menemui Najib secepat mungkin untuk meminta Timbalan Menteri di JPM itu disingkirkan segera daripada Kabinet kerana Murugiah bukan lagi ahli PPP. Di JOHOR BAHRU, Ketua PPP Johor Dr K D Siva, berkata Timbalan Ketua Pemuda PPP, Jamaludin Ghulamhan akan mengambil alih tugas Ketua Pemuda berikutan penggantungan Ellan Govan. Siva berkata, Ellan Govan akan berhadapan dengan Lembaga Disiplin PPP kerana melanggar disiplin parti. Mengenai pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP, Siva berkata, Timbalan Menteri di JPM itu menyalahgunakan kedudukannya untuk mengubah satu majlis pemimpin bersama rakyat kepada satu perhimpunan agung bagi membolehkan beliau dilantik sebagai presiden. "Bagaimana itu boleh berlaku jika 600 anggota PPP berada di sini (Johor Bahru). Murugiah tidak boleh menghimpunkan sebahagian rakan-rakannya, berdiri di atas pentas dan mengisytiharkan diri sendiri sebagai presiden baru," katanya. Suara Harapan

0 ulasan:
Catat Ulasan