Sebab ketua kampung di S'gor diganti
Kerajaan negeri Selangor terpaksa melantik ketua kampung yang baru kerana penyandangnya tidak dapat bekerjasama baik dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahu menandatangani surat akuan untuk berkhidmat kepada semua penduduk tanpa mengira fahaman politik.
"Pelantikan ketua kampung yang baru bukan sahaja telah mengikuti prosedur yang ketat tapi juga telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada semua," kata setiausaha politik kepada menteri besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Oleh itu, isu berkaitan keahlian parti tidak timbul, lebih-lebih lagi mereka yang dilantik, tidak dibenarkan sama sekali memegang sebarang jawatan dalam parti politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
syarat tersebut, kata Nik Nazmi, selaras dengan janji awal kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang tidak dipengaruhi unsur-unsur politik.
"Oleh yang demikian, kerajaan negeri menyeru pihak-pihak yang berkepentingan supaya tidak meraih publisiti murahan dalam isu ini.
"Rakyat Selangor seharusnya memberi sokongan penuh kepada ketua kampung supaya mereka dapat membantu segala polisi kerajaan negeri untuk 'merakyatkan ekonomi Selangor," tambahnya.
Suara Harapan
Khamis, 4 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan