14 Sep
Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

14
SepKenyataan Akhbar Pakatan Rakyat

Penahanan ISA Tindakan Zalim

13 September 2008

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu YB Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan Tan Hoon Cheng di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka.

Tindakan tangkapan ini terutama apabila pemberita yang menjalankan tugas ditangkap dan bukannya individu yang mengeluarkan kenyataan, adalah bukti manipulasi UMNO yang menggunakan isu kaum untuk menakutkan rakyat. Bahkan komponen Barisan Nasional sendiri tidak menyokong tindakan kejam ini. Kami mendesak kerajaan mengotakan janji mereka bahawa tidak akan ada lagi tahanan ISA selepas ini.

Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara. Sehubungan itu Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan:

1) Mencadangkan pertemuan tertutup antara wakil Pakatan Rakyat dan YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

2) Mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 bagi merayakan Hari Malaysia.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YB Lim Kit Siang,
Ketua Ahli Parlimen
DAP

YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden
PAS

Continue reading ‘Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat’

13
SepSidang Media Pakatan Rakyat
By Anwar Ibrahim 51 Comments
Categories: Anwar
Pihak kami ingin memohon maaf kerana Sidang Media sebentar tadi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Harap Maklum.


PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

13
SepKenyataan Media Berkenaan Tahanan ISA, 13 September 2008
By Admin 142 Comments
Categories: Anwar
Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas dan membungkam rakyat Malaysia yang berani bangkit bersuara demi kebenaran dan integriti. Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah.

Saya mengulangi kecaman saya terhadap ISA dan penggunaannya untuk menahan penulis blog serta aktivis terkenal Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Pada 8hb Mac dan kemudiannya pada 26 Ogos, rakyat Malaysia menyuarakan hasrat mereka agar terbentuknya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat. Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini. Mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini untuk menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka.

Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik Barisan Nasional yang diketuai UMNO, apa yang belaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman UMNO yang kian memburuk. Kami pimpinan Pakatan Rakyat bertekad serta berjanji bahawa kami tetap komited untuk membina masyarakat berbilang kaum yang teguh.

Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 8hb September lalu. Kenyataan itu membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.

Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir. Sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan.

Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestilah dibebaskan segera. Kami juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum, KeADILan

*

The UMNO led BN government is again using the brute force of the ISA to assault those brave and courageous Malaysians who speak out in the name of truth and integrity about the abuses of power, corruption and racism perpetuated by the ruling clique.

I reiterate my unequivocal opposition to the ISA and condemn the unjustified and illegal detention of blogger and social activist Raja Petra Kamaruddin, Seputeh MP and Selangor State Executive Committee Member YB Teresa Kok and Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng.

On March 8th and again on August 26th, the Malaysian people expressed their support at the polls for a government that is more accountable and that fulfills its mandate as representative of the people. The UMNO-led BN government has ignored this call. Instead of pursuing a reform agenda it has chosen to burn the country to save itself and to maintain its odious grip on power.

We ask the government how far it is willing to go to usurp justice and destroy the institutions of good governance in its attempt to drive the Malaysian people against each other?

We vehemently reject the racial politics used by politicians in the UMNO-led BN government as an attempt to deflect from internal strife within UMNO, and promise that leaders in the Pakatan Rakyat are committed to and capable of building a peaceful, democratic, multiracial society.

We allude to the statement issued by Pakatan Rakyat on 8 September reiterating our full commitment to constitutional guarantees including the position of Islam as the religion of the federation, the freedom to practice other religions, Bahasa Melayu as the national language and the freedom to practice mother tongue languages, and the status of the Malay kings and the special position of the Malays and bumiputera.

I urge the government to assure the Malaysian people that this politically motivated operation is over. As citizens of a nation that professes to adhere to the spirit of its Constitution, we refuse to live another night in fear.

Those who have been detained under the ISA should be released immediately. We will offer every conceivable support to our friends and their families as they face this ordeal.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Chief
De-facto leader, KeADILan

13
SepISA: Nota Peribadi DSAI
By Anwar Ibrahim 59 Comments
Categories: Anwar
Kita dikejutkan dengan penahanan beberapa individu dibawah ISA hari ini. Kita menyaksikan satu tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO, untuk membungkam suara-suara rasional yang boleh menjejaskan kedudukan mereka untuk terus berkuasa. Tindakan kerajaan untuk menahan seorang wartawan Sin Chew Daily; Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok malam tadi, di bawah akta yang sama jelas melanggari prinsip-prinsip negara yang demokratik dan mencabuli asas-asas keadilan.

Saya dan Parti Keadilan Rakyat mengecam keras sebarang penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( ISA ). Kami mengulangi kenyataan kami petang tadi agar kerajaan segera membebaskan semua tahanan ISA. Sebarang tuduhan yang dibuat terhadap tahanan-tahanan tersebut mestilah diadili melalui proses undang-undang yang bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang. Semangat Keperlembagaan yang termaktub untuk menjaga hak-hak rakyat Malaysia melewati batas kaum tidak boleh dipandang remeh.

Saya selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak terperangkap dengan sebarang provokasi yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara. Usaha mutakhir kerajaan Barisan Nasional untuk melumpuhkan suara rakyat membuktikan kepada kita bahawa hayat mereka sudah sampai ke penghujungnya. Perubahan semakin dekat! Marilah kita bersama-sama memastikannya tidak digagalkan oleh segelintir elit pemerintah yang sudah gementar.

ANWAR IBRAHIM

13
SepKezaliman ISA!
By Anwar Ibrahim 120 Comments
Categories: Anwar


12
SepBantahan Terhadap Penahanan Raja Petra Kamarudin
By Anwar Ibrahim 164 Comments
Categories: Anwar, Demokrasi, Media and Politik
Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.

Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Suara Harapan