Khalid MB BERMASALAH?


Saya berpendapat bahawa Tan Sri Khalid berniat baik apabila membuat kenyataan tersebut. Cuma dalam politik, berniat baik tidak memadai. Berniat baik harus disusuli dengan tindakan baik, iaitu mengambil tindakan menyelesaikan masalah, dan juga menunjukkan muka sebagai tanda empati. Rasanya pertama, Tan Sri harus lebih banyak turun padang dan kedua, Tan Sri memerlukan Setiausaha Akhbar yang bijaksana membuat kenyataan akhbar.


Ishak Hamzah
Suara Harapan