Bekas Setiausaha Agung PKR Keluar Parti, Lebih 10 Wakil Rakyat Bakal Menyusul
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas setiausaha agungnya, Datuk Salehuddin Hashim bertindak keluar parti selepas melepaskan jawatannya itu Januari lalu.
Beliau yang dijangka hadir bersama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin bagaimanapun tidak muncul malam tadi pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dekat sini.
Pada majlis berkenaan Mohd. Fairus mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Dalam pada itu Salehuddin menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan. Salehuddin yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat selepas dua minggu menamatkan perkhidmatannya sebagai pemimpin kanan parti itu.
Layari http://suararohani.blogspot.com/

0 ulasan:
Catat Ulasan