Kelahiran DAP panaskan situasi politik Malaysia
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kelahiran DAP telah menyebabkan situasi politik di Malaysia sentiasa panas dan diwarnai dengan sentimen perkauman.
Ahli Majlis Tinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keadaan itu amat berbeza sebelum parti itu wujud apabila Barisan Nasional (BN) yang mewakili tiga kaum terbesar dapat melahirkan kesefahaman untuk membangunkan negara selepas merdeka.
"Malangnya kelahiran DAP dengan slogan Malaysian Malaysia, menyebabkan politik Malaysia sentiasa panas dan diwarnai dengan politik perkauman kerana DAP bergantung hidup dengan sokongan orang Cina.
"Oleh itu mereka mesti menjuarai isu-isu orang Cina sahaja," katanya di dalam blog http://puadzarkashii.blogspot.com.
Puad mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan orang Melayu boleh maju walaupun tanpa kewujudan UMNO.
Menerusi temu ramah sebuah stesen televisyen tempatan itu, Guan Eng berhujah bahawa di zaman kesultanan Melayu Melaka, UMNO tidak wujud namun negeri itu tetap maju dan terkenal.
Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai dangkal.
"Kalau begitu cara logik Guan Eng, apakah dia boleh terima kalau ada orang yang berhujah bahawa politik Malaysia akan aman dan tidak ada perkauman jika DAP tidak wujud?"
Katanya, UMNO lahir untuk menyatupadukan orang Melayu yang berpecah semasa penjajahan British kerana tanpa perpaduan, orang Melayu tidak akan ada kuasa politik sekali gus sukar untuk maju.
"Kelahiran UMNO adalah rentetan usaha Datuk Onn Jaafar yang bangkit menentang Malayan Union.
"Apakah Guan Eng tahu sejarah Tanah Melayu? Apakah dia faham punca kejatuhan Kesultanan Melaka sehingga negeri tempat dia bertapak itu sudah tidak ada raja sekarang ini?" katanya.
Menurut beliau, dasar UMNO yang adil dan sanggup berkongsi kuasa dengan rakan-rakan lain sehingga tertubuhnya Parti Perikatan menyebabkan kemerdekaan negara diperolehi.
Sementara kelahiran BN pula membolehkan peristiwa 13 Mei 1969 dapat dibendung daripada berulang.
"Hanya DAP yang enggan menyertai BN atau menyertai kerajaan campuran. Memang sifat DAP suka mementingkan diri. Mereka lebih senang kuasa politik Melayu berpecah dan terhakis,'' katanya.
Layari http://suararohani.blogspot.com/

0 ulasan:
Catat Ulasan