Penjelasan Menteri Tidak Munasabah
Semalam seharian saya di parlimen, mendengar para menteri menjawab persoalan dan penghujahan mantap dari ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tampak berani dan membanggakan sekali apabila ahli parlimen Pakatan bingkas menafikan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; bahawa SPRM tidak menemui sebarang salah laku VK Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara, walhasil adik Lingam sendiri membuat pengakuan. Dalih kononnya saksi utama tidak dapat dikesan pastinya tidak mampu diterima akal sihat. Bukan kah kita sering angkuh mendabik dada pasukan polis negara antara yang terbaik seantero dunia?
Tambahan lagi jawapan menteri menggesa kita memisahkan di antara prinsip moral dan undang-undang! Alahai tidakkah ini menyebabkan rakyat hilang rasa hormat, bukan sahaja kepada institusi kehakiman, bahkan juga institusi Parlimen itu sendiri. Kita masakan lupa ungkapan “korek, korek, korek.”
Malamnya saya menghadiri acara anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan MPAJ. Program diskusi belanjawan ini merupakan susulan dari yang berlangsung di Dewan MPPJ tempoh hari. Turut serta Dr Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan Sdr. Yaakob Sapari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Saya berpeluang mengupas dua karya ahli ekonomi klasik dan pemuka Pencerahan Skotlandia itu; Wealth of Nations dan Theory of Moral Sentiments. Jarang sekali wacana ekonomi di rantau ini membandingkan kedua-dua karya tersebut bagi mendapat gambaran jelas pemikiran Adam Smith, seorang filasuf yang sering disalah anggap.
Harus diingat Smith merupakan seorang ahli falsafah moral di Universiti Edinburgh, karya awalnya Theory of Moral Sentiments, berusaha mengungkapkan betapa kesejahteraan masyarakat juga dimungkinkan akibat dari kehendak perseorangan. Beliau tidak menolak kesejahteraan juga berpunca dari rasa hormat dan berbakti kepada masyarakat. Adam Smith memberi perhatian untuk merungkaikan kebejatan monopoli kerajaan dan makarnya dengan saudagar-saudagar kaya. Bagi beliau itulah kerosakan yang membinasakan. Asalkan mereka berkomplot, ianya membuahkan hasil yang tidak sihat sekaligus merugikan rakyat.
Nah! Pemerhatian berabad usianya masih mengesankan dan memberi pengajaran. Perhatikan sahaja Laporan Audit Negara, skandal seperti Landasan Keretapi Berkembar bakal menelan sejumlah RM 1.4 billion akibat dari kegelojohan dan ketamakan. Manakala skandal PKFZ, sekiranya diteruskan juga, akan menelan wakg rakyat bernilai hampir RM 12 billion! Makar sebegini, demi kepentingan keluarga dan tembolok taulan malah menyingkirkan negara jauh dari pemulihan apatah lagi pertumbuhan.
Sayugia menjadi peringatan jangan semberono menukilkan angka, ketika Dato’ Sri Najib beriya-iya membuat kenyataan negara akan mencatatkan pertumbuhan sekitar 9 %, sekonyong konyong memperbetulkannya dengan menyatakan pertumbuhan hanya sekitar 6%. Jangan sesekali bersambil lewa mengurus ekonomi negara! Sedangkan Bank Dunia melaporkan, Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) akan mengalami penguncupan sekitar 2.3 dan hanya pada tahun hadapan mencatatkan pertumbuhan sekitar 4.1%.
ANWAR IBRAHIM
Layari http://suararohani.blogspot.com/

0 ulasan:
Catat Ulasan