Nov 25, 09 4:40pm
Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh. Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya.Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu.""Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.
Layari http://suararohani.blogspot.com/

0 ulasan:
Catat Ulasan